Monday 1 July 2019

5 UTeM K2_Sejarah Internet



Sejarah Internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Sejarah Internet bermula rentetan daripada perlumbaan senjata di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Pada tahun 1957, Kesatuan Soviet melancarkan satelit pertama mereka Sputnik 1 yang mencetuskan perlumbaan senjata di antara Kesatuan Soviet dan Amerika Syarikat apabila Dwight Eisenhower mewujudkan agensi ARPA (kemudian dinamakan sebagai DARPA) untuk mendahului dalam teknologi. ARPA melantik J.C.R Licklider untuk mengetuai organisasi IPTO yang baru dengan mandat untuk melanjutkan penyelidikan program SAGE bagi melindungi ruang udara AS daripada serangan nuklear. Di IPTO, Licklider mempromosikan gagasan manfaat mempunyai jaringan komunikasi di seluruh negara dan ini mempengaruhi pengganti selepasnya untuk mengambil Lawrence Roberts bekerja bagi melaksanakan visi tersebut.
Roberts mengetuai pembangunan jaringan berasaskan idea baru pengsuisan bingkisan (packet switching) yang ditemui oleh Paul Baran di RAND dan beberapa tahun kemudian oleh Donald Davies di Makmal Fizikal Kebangsaan UK. Satu komputer khas yang dipanggil Interface Message Processor (Pemproses Mesej Antara muka) dibangunkan untuk merealisasikan rekabentuk tersebut dan ARPANET mula beroperasi pada awal Oktober 1969. Komunikasi pertama dilakukan di antara pusat penyelidikan di Universiti California di Los Angeles dan Institut Penyelidikan Stanford.
Protokol jaringan pertama yang digunakan ARPANET adalah Program Kawalan Jaringan (Network Control Program). Pada tahun 1983, protokol ini digantikan oleh TCP/IP yang dibangunkan oleh Robert KahnVint Cerf dan mereka yang lain. Penggunaan protokol ini seterusnya menjadi meluas di seluruh dunia.
Pada tahun 1990, ARPANET dibersarakan dan dipindahkan ke NSFNET. NSFNET kemudian disambungkan ke CSNET yang menyambungkan universiti-universiti di sekitar Amerika Utara dan kemudian ke EUnet yang menyambungkan kemudahan penyelidikan di Eropah. Dengan pengurusan bervisi yang dimainkan oleh NSF dan disemarakkan oleh kepopularan web, penggunaan internet meledak selepas tahun 1990. Ini menyebabkan kerajaan Amerika Syarikat memindahkan pengurusannya ke organisasi bebas bermula tahun 1995.

5 UTeM K1_Tokoh Islam_Umar Al-Khattab





Saidina Umar al-Khattab (Arabعمر بن الخطاب) (c. 581 - November644), kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan Bani Adi Quraisy. Beliau menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644 Masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah seorang Khulafa al-Rasyidin.Saidina Umar dilahirkan di Makkah. Bapanya bernama Khattab bin Naufal bin Abdul Uzza. Beliau dikatakan terdiri daripada golongan kelas pertengahan. Sewaktu kecilnya beliau pernah mengembala kambing dan pada zaman dewasanya beliau berniaga dengan berulang-alik ke Syammembawa barang dagangan. Beliau juga berilmu, perkara yang amat jarang berlaku pada masa tersebut, dan juga merupakan seorang pejuang dan wira yang gagah dan terkenal kerana kegagahannya.


Ringkasan

Saidina Umar bin al-Khattab telah mendapat hidayat Islam pada tahun ke-6 kenabian ketika berumur 39 tahun. Beliau memeluk Islam setelah mendengar adik perempuannya membaca ayat-ayat al-Quran . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh At-Tabrani bahawa Rasulullah s.a.w juga pernah berdoa: Ya Allah , kuatkanlah Islam dengan Umar. Sebuah hadis daripada Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Umar memeluk Islam, Jibrail pun datang dan berkata : Ya Muhammad , sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan Islamnya Umar

Memeluk Islam

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.
Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan rakannya Nu'aim bin 'Abdullah yang mengatakan bahawa beliau haruslah membetulkan adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.
Saidina Umar pergi ke rumah adiknya serta suaminya dan mendapati mereka berdua dan Khabbab bin 'Aratt sedang membaca al-Quran daripada Surah Taha. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila mendengar ayat-ayat al-Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga.[3]

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Peristiwa ini terjadi pada bulan Zulhijjah tahun keenam kenabian


Sunday 23 June 2019

Cara membina blog

Salam Bulan Kebangsaan, Lama dah tak menjenguk blog Panduan Membina Blog ni, tapi hari ni saya nak kongsikan satu cara untuk membuang atau menyembunyikan ikon blogger dan perkataan powered by blogger pada blog anda, walaupun anda menggunakan theme yang baru dan responsive (mobile-friendly).

Caranya mudah je... Masuk ke Dashboard anda, dan klik Themes, kemudian klik edit HTML

 Kemudian, klik Jump to widget, pilih Attribution1

Edit kod berikut pada section footer .. showaddelement='false' kepada 'true' dan locked='true' kepada 'false'

  kemudian klik Save theme

Sekarang anda bolehlah, klik pada ikon pencil pada gadget Attribution, dan klik remove untuk membuangnya.

Selamat mencuba, semoga berjaya...

Panduan menyenaraikan laman web/blog anda ke search engine seperti google

Inginkan laman web / blog anda tersenarai dalam search engine seperti google, yahoo, bing,  astalavista dan sebagainya?

Ikuti langkah mudah berikut:






  • Seterusnya isi maklumat yang diperlukan, pastikan anda menggunakan email yang benar kerana email pengesahan akan dihantar ke alamat email anda diberikan.
  • Setelah berjaya menghantar maklumat tersebut, semak email dan teruskan dengan pengesahan seperti yang dinyatakan di dalam email
Anda juga boleh menambah laman web / blog anda secara manual satu persatu ke laman berikut
Semoga berjaya

Sunday 16 June 2019

Rangkaian Komputer



MAKSUD RANGKAIAN
Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti, dikenali juga sebagai nod, yang berhubungan dengan media penghubung. Nod boleh terdiri dari komputer, pencetak atau lain-lain peranti yang menghantar dan menerima data yang dihasilkan oleh nod-nod lain dalam rangkaian. Media penghubung juga dikenali sebagai media komunikasi. (WIKIPEDIA)

Monday 15 June 2015

Apa itu rangkaian komputer?


Menambah gajet pada laman blog. (60 minit)

1. Buka blog anda dan Sing-in.
2. Klik pada pautan Design untuk ke paparan susun atur
(layout).

3. Klik pada pautan Add a Gadget di sebelah kanan layout.

4. Tetingkap baru seperti di bawah akan timbul (pop up). Cari
gajet Label. Kemudian klik pada tanda di sebelah kanan
gajet.
Nota:Gajet Label ialah menyenaraikan kategori setiap
artikel yang dihasilkan.

5. Pada ruangan Title, taip perkataan Kategori. Kemudian klik
Save.

6. Gajet baru Kategori akan terpapar pada layout blog.
Kemudian, klik butang . Untuk melihat gajet yang
ditambah, klik pada pautan View Blog.

7. Laman blog beserta gajet yang ditambah dipaparkan
seperti di bawah.

8.Sign Out untuk keluar dari akaun laman blog.


Monday 18 May 2015

Tajuk: Sign In dan Bina Artikel (60 minit)

1. Taip http://www.blogger.com pada address bar
2. Masukkan alamat Email dan Katalaluan. Klik “Sign In” untuk
masuk ke akaun laman blog.
3. Klik pada butang new article untuk membina artikel baru.
4. Pada ruangan 1, masukkan tajuk artikel seperti “Selamat
Datang”. Pada ruangan 2, masukkan teks yang sesuai
seperti “Selamat dating ke laman blog persatuan
kami…(lengkapkan)”. Di ruangan 3, masukkan kategori
MODUL SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET 80
artikel anda seperti “Pengenalan”. Setelah selesai, klik
butang publish post
5.Untuk melihat artikel yang telah dibina, klik View Post.
6. Paparan artikel yang telah dibina.
7. Sign Out untuk keluar akaun blog.

Thursday 14 May 2015

Pengenalan Blog

Menghasilkan laman blog persatuan
atau kelab secara berkumpulan.

1. Apa itu blog?
Ia merupakan sebuah jurnal peribadi yang diterbitkan di
Internet. Blog biasanya dibuat oleh indidividu atau
kumpulan.
2. Terdapat pelbagai aplikasi blog di internet sepeti:
a. blogspot.
b. wordpress.
c. open blog
d. b2evolution
e. eggBlog
3. Antara kegunaan dan kepentingan blog:
a. Menyebarkan maklumat
b. Memudahkan perkongsian maklumat
c. Sebagai medium pengiklanan
4. Persediaan untuk membina laman blog.
a. komputer
b. sambungan Internet
c. alamat e-mel


5 UTeM K2_Sejarah Internet

Sejarah Internet Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Jump to navigation Jump to search Sejarah Internet  bermula rente...